Friday, April 16, 2010

first impression..

kita perlu sedar betapa pentingnya pandangan orang lain terhadap diri kita, ya... kita percaya bahawa sesaat mampu mengubah hidup kita untuk selamanya. Sebagai 'kita', hanya kita sendiri yang mampu mengubah diri sendiri, dan di man kita letakkan diri kita. Bagaimana??? Elemen utama adalah hanya bermula dari penampilan diri kita sendiri. Kajian mendapati terdapat 2 pandangan orang terhadap diri kita "postive impression" dan "negative impression". Sudah tentu "postive impression" kan..?
Apakah kunci membina penampilan yang positif??
1. Bina keyakinan diri.
Untuk membina keyakinan diri ianya bermula dengan

PENAMPILAN FIZIKAL atau(“SELF APPEARANCE”).Antaranya adalah melalui;

– Pakaian
-Perlulah yang selesa, sesuai dan berpadanan.

– Gaya
. Semasa berjalan
– Berkeyakinan
– Tegak,
– Rapatkan kaki semasa melangkah,
– Pandang kehadapan dan jangan terlalu menundukkan kepala semasa berjalan.
– Bidangkan dada dan kempiskan perut (kawal otot perut) dan tahan nafas diperut
bukan dihidung.
– Jangan melenggang-lengangkan tangan,
– Langkah yang sederhana luas, jangan terburu-buru

-Raut wajah
Air Muka Keruh Membimbangkan
Mengambarkan kesusahan dan perasaan tidak gembira,
Penahan hasad dengki
Air Muka Kering Menyakitkan
Muka yang tiada belas kesihan dan sukar membuat kebaikan
Air Muka jernih membahagiakan
Mengambarkan kegembiraan, kejujuran dan kemanisan hati

.Senyuman
Jangan sekali-kali:
– Menipiskan bibir seolah-olah mahu tersenyum tetapi sebenarnya tidak.
Melambangkan hati yang tidak bersih, Kurang sudi diajak berbual
– Memuncungkan kedua-dua bibir apabila berbual
Menandakan anda tidak berminat untuk berbual dan tidak sabar mendengar
percakapan yang anda tidak suka.
– Melipat kedua-dua bibir kedalam, dalam keadaan tertekan rapat atau menggigit
bibir sebelah bawah apabila bersua dengan orang.
Menandakan anda tidak ada keyakinan diri untuk bersua dan untuk memberi
pendapat.

- Kepintaran bersosial (“Social skill”)
. Peramah
. Menunjukkan minat untuk menjalinkan hubungan

. Apabila berbicara
– Fokus
– Mendengar dengan baik
– Membalas bicara – “respond”
– Bertanya soalan
– Mengeluarkan kata pujian – “social generosity”

• Temuan mata
– Terlalu banyak temuan mata
» kurang hormat
» mengancam dan
» bertujuan menghina.

– Terlalu sedikit temuan mata
» tidak memberi perhatian,
» rasa tidak selesa,
» menunjukkan tidak jujur
» pemalu.

– Mengelak temuan mata –
» tiada keyakinan diri,
» terasa rendah diri,
» malu,
» lemah,
» tidak tahan ujian

0 comments:

Post a Comment