Sunday, February 28, 2010

Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan
 Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan
mencuba lagi dengan cara yang lain.
 Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
 Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak
menjadi seorang yang gagal.
 Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah
mempelajari sesuatu.
 Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu
perkara atau pekerjaan.
 Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
 Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu
sendiri tidak dikira.
 Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
 Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap
kesilapan itu.
 Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
 Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA
telah dipilih.
 Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan
yang bernilai.
 Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan
itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
 Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami
kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
 "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru
ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
 Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh
kehidupan adalah satu ujian.
 Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
 Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
 Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor
satu-iaitu takut GAGAL!!
 Tiada siapa yang berhak mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri
anda sendiri.
 Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak
membawa anda ke mana-mana.
 Kesilapan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
 Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan
untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.
 Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
 Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
 Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia
untuk gagal terlebih dahulu.
 Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar
daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu
pertandingan,perbuatan atau sebagainya.
 Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada
kegagalannya itu.
 Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila
anda telah berputus-asa.
 Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA
DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
 Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan
sepanjang hayat.
 Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan
tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
 Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga
mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
 Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang
membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.
 Terseradung bukannya terjatuh.
 Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun
gagal.
 Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang
pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.
 Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
 Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
 Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk
menjadi sempurna.
 Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah
sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.
 Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat
membuka kumci.
 Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang
terasa pedih.
 Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
 Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang
menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu
dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.
 Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
 sekiranya anda mahu malihat pelangi, kenalah hujan dahulu.
 Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah
perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
 Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
 Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
 Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak
berputus-asa untuk mencuba lagi.
 Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya
dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau
sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak
belajar.
 Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada
mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
 Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk
mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
 Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah
pengajaran.
 Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda
mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
 Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan
bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
 Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda
mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

Saya begitu tertarik pabila membaca kata2 semangat ini, dan saya harap anda juga begitu. moga ia dapat memperbaiki dan meningkatkan lagi motivasi diri kita menjadi insan seperti bintang yang paling bersinar di dalam jutaan bintang berkerlipan di langit...

0 comments:

Post a Comment